Saturday, July 19, 2014

Empat

이태원 - Itaewon

Bismillah. Assalamualaikum.

Teringat time ni. Taktahan ketwot. Sementara Iena ambil wudhuk, saya lepaskan hajat kejap. Lepas saya naik masjid tingkat atas, tengok tengok Iena dah tadek. Lepas solat terus turun. Si sayuti pulak hilang sebab carik saya kat atas. Time ni masjid agak crowded lah. Mana tak nya, penuh pakistani muslim dengan korean muslim. Ada yang tengah dengar ceramah, ada yang tengah attend kelas ngaji, ada jugak yang sedang setup khemah (maybe untuk iftar).

Harini tak banyak yang berlaku. Cuma semalam bagai nak gila nangis. Punyalah takut nak tidur sebab takut esoknya tak bangun terus atau erti kata lain, takut mati. Setelah berjaya ditenangkan oleh seorang sahabat, saya gagahkan juga pejam mata. Phew.

Rancangnya 2D1N nak spend time di rumah anak yatim kawasan Pasir Gudang ni. Tengah tanya dan tengah mohon. Dan rancangnya juga tahun ni takmo beli baju raya. Duit baju raya Ibu kasik tu nak buat beli keperluan makanan untuk anak anak yatim tu nanti. Moga Allah redha.

Jadi semoga jari bertemu keyboard lagi. Annyong!!

Thursday, July 17, 2014

Tiga

biar engkau terus berhalusinasi

dengan apa yang engkau sendiri ragui,
untuk julung kali,
biar aku pergi.
engkau dengan diri kau,
aku dengan diri aku.
habis sini.
Assalamualaikum.

Cadangnya awal semester nanti nak pakai braces. Dah survey dah dental clinic area Sarawak tu. Harapnya lepas lah nak pakai. Sebab so far gigi tadek masalah, tersusun je. Cuma saja nak pakai. Bukan sebab nak cantik k tapi nak kurus lol tak.

Cuma dengarnya pakai braces ni sakit. But so far tanya kawan kawan yang pakai diorang kata taksakit pun yang dalam blog tu gempak lebih je. Saya nak sembang lebat sangat pun takboleh sebab tak try lagi nyenyenye.

Maka sisa cuti dihabeskan dengan layan k-drama. Serious lah A Gentleman's Dignity ni langsung takcliche. Tomantic comedy. Tomantic pun boleh malas nak backspace hahehu. Syuhada ni orang Ramadhan lumba kumpul amal tapi dia sebok ______ , ______ dan _______ lol sila isi tempat kosong (3 markah)

Psst orang kata takbaik cerita amal kita dekat org takut riak!
Psst lagi! 'Scrolling insta and blurghhh' on my birthday ah he hated me so much i should go away ok bye! 


Dua

봉지, 천남대학교 - Bong-ji Pond Chonnam National University

Bismillahirrahmanirrahim.

Nampaknya skill berblog masih perlu digilap dengan rapi. Tengok intro pun dah tahu yang saya tahu saya tadek topik punya kali ni. Saya tahu saya taktahu nak cakap pasal apa detik ini.

So far (tetiba) duduk rumah ni skill memasak dah kira lepas nak kahwin ni. Kira pass la nak kasik perut orang dalam rumah ni buncit dan gain weight secara tidak langsung. Walaupun kadang kadang tu skill masak sotong goreng tepung siap ada shield (tudung periuk) juga skill potong bawang siap pakai penutup muka (topeng) iron man. I repeat, kadang kadang okeh!

Tashabar lah nak berbuka. Cerita pasal makanan ni boleh bikin saia ta kuaad awaa. Matilaaaahhh!

Wednesday, July 16, 2014

Satu

자갈치 시장, 부산 - Jagalchi Fish Market, Busan

Bismillahirrahmanirrahim.

Sepanjang study dekat Korea, takpernah lagi update blog ceritakan pengalaman dekat sana. Nantilah tunggu rajin sikit okeh! 

Hari ini 17 Ramadhan. Pejam celik pejam celik taklama dah nak habis poce. Sedih bercampur risau. Dapat ke celebrate Ramadhan lagi nanti. Oh ya, jangan lupa doakan saudara dekat Palestine! Moga Allah sentiasa ada bersama dan menolong mereka.

Cerita dia, sejak balik ni memang mati kutu duduk rumah. Nak part time tadek siapa offer. Duit YPJ pulak takmasuk lagi hm me is sad lah like this.


Ps. Awak memang dah lupa dekat saya langsung langsung ye? I miss you. ;(